Sertai Team EMS

Kenapa kita boikot produk musuh Islam?

Baca juga
What they say
Follow Egypt Malaya

Tiada kesepakatan dalam isu pengharaman membeli produk musuh Islam. Bahakan terdapat minuman gas yang masyhur di Tanah Arab iaitu Fayrouz, dan ia difatwakan Halal. (tapi saya elakkan meminumnya)

Saya seorang yang gemar melihat label produk untuk mengetahui syarikat yang mengeluarkannya dan bagi mengetahui isi kandungannya. Hanya kerana ingin tahu.  Bukanlah kerana terlalu menjaga kesihatan. Terkadang saya juga makan dan minum produk yang mengandungi gula dan ajinomoto yang tinggi.

Malaysia adalah antara negara terbaik dalam pensijilan halal, tidak seperti Mesir. Mungkin kerana Mesir tidak berdepan dengan agama yang pelbagai seperti negara kita hadapi, dan kerana hampir keseluruhan penduduknya muslim. Seperti yang kita maklum, peratus muslimin di Mesir jauh lebih tinggi (90%) berbanding Malaysia (60%), yang mana menjadikan jumlah muslimin di Mesir sebanyak 90 Juta muslim berbanding 19 Juta muslim di Malaysia.

Tetapi jumlah muslim yang ramai bukanlah bermaksud semua produk dikuasai muslim. Terdapat banyak produk kegemaran ramai yang memiliki jenama syarikat luar negara. Contohnya aiskrim, coklat, ‘jajan’, dan sudah tentunya minuman.

Bercerita tentang Air Fayrouz (dari sudut seorang yang tidak gemar minum air gas), saya boleh kata air fayrouz antara yang tidak sedap rasanya berbanding Fanta, Mirinda, Rani, dan lain-lain air gas berperisa buah. First Impression terhadap air tersebut sewaktu datang ke Mesir dulu adalah mempunyai rasa yang pelik namun lama kelamaan menjadi biasa setelah itu. 

Saya jarang minum air ‘kotak’ atau ‘gas’ kerana memang tak minat. Mungkin orang kata saya gemar google dan tengok youtube sehingga terpengaruh dengan faktor menjaga kesihatan atau pemboikotan. Tapi saya tidak kisah tentang hal itu. Saya lebih kisah tentang status siapa memegang syarikat itu. Adakah syarikat tersebut didominasi muslim atau selainnya?

Kalau kita perasan, bangsa yahudi (bukan nak cerita konspirasi ya) merupakan bangsa yang sangat menyokong produk dan servis buatan mereka sendiri. Mereka sanggup menunggu teksi dengan lama untuk menunggu driver dari kalangan mereka sendiri. Adapun bagi kita, menyokong produk muslim bukanlah jarang berlaku, bahkan menjadi satu kesepakatan antara kita. Namun bagi sesetengah, asalkan sedap terus melantak, tanpa mengira siapa yang menyediakannya atau memilikinya.

Jadi persoalannya air Fayrouz, Birell dan Amstel ni buatan mana? Jawapannya ialah Mesir. Nama syarikat tersebut ialah Al Ahram Beverages Company (Sejak 1897). Sekali pandang label minuman, saya memang tak syak apa-apa. Bak kata orang putih “I’m a simple man, whever I see a muslim product, I buy”. Akhirnya selepas menyelidik sedikit berkenaan Al-Ahram Beverages ini, saya dapati produk utama syarikat ini ialah ARAK.

DARI SUDUT PENYALURAN DUIT :

Minuman Fayrouz bukanlah isu yang baru ditimbulkan. Ia telah dibincangkan sejak awal 2000. Antara pendapat orang awam semasa awal kemunculan produk ini :

1. Golongan yang mengatakan wajib menolaknya. Walaupun minumannya difatwakan halal, tetapi keuntungan tersebut disalurkan kepada syarikat arak.

2. Golongan yang mengatakan wajib menyokongnya. Hal ini supaya mendorong syarikat tersebut mengeluarkan lebih banyak minuman tidak beralkohol. 

Jika dilihat dari segi penyaluran duit keuntungan, sudah tentu kita tidak mahu duit tersebut disalurkan ke Syarikat arak. Bahkan bimbang ia termasuk hukum haram kerana terlibat dalam jual beli arak.

FATWA ULAMA BERKAITAN ISU MINUMAN MENYERUPAI ARAK :

Perlu dilihat dari sudut persoalan dan perbezaan pihak dan negara dalam menangani isu ini.

1. Fatawa Sheikh Dr. Salah al-Saawy (hukum minum Fayrouz)

– Halal jika tidak mengandungi alkohol dan haram Jika sebaliknya

– Syarikat Arak tidak memberi kesan terhadap hukum produk kecuali hanya sebagai berhati-hati dan perlu mendapat jawapan dari mereka yang berpengetahuan mengenai bahan dalam pengeluarannya.

2. Fatwa Islamweb (Hukum minum Fayrouz)

– Halal jika tidak mengandungi alkohol dan haram Jika sebaliknya

– Ajakan untuk meninggalkan sebagai langkah berhati-hati

3. Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan (hukum produk menyerupai arak)

– Harus (boleh) : Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v

– Haram : Minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling

– Syubhah (Bagi pengguna) : Kerana produk meragukan, apatah lagi jika jelas mempunyai hubungan dengan arak

– Haram (Bagi pengeluar) : Kerana normalisasi dan mengelirukan

4. Dairatul Ifta’ Jordan (hukum penggunaan ladasan pengeluaran yang sama) :

– Haram pembuatan air tanpa alkohol pada landasan pembuatan (barisan pengeluaran) yang digunakan untuk pengeluaran produk alkohol kecuali setelah pembersihan kesan baki minuman dengan air, wap, dan bahan kimia dalam proses pensterilan.

5. Mufti Saudi Arabia (hukum air yang tidak mengandungi alkohol) :

– Halal minuman tanpa alkohol kecuali jika tsabit penipuan pada penyataan di label minuman atau makanan

6. Majelis Fatwa Indonesia (hukum air yang tidak mengandungi alkohol) :

Ketua Komisi (Suruhanjaya) Fatwa (KF) MUI tempoh 2015-2020, Prof. Dr. H. Hasanuddin AF, MA., menegaskan bahwa minuman keras (disingkat menjadi ‘miras’) tak dapat dilakukan pensijilan halal untuk produk tasyabbuh atau menyerupai dengan produk yang diharamkan dalam Islam. Artinya, miras tersebut di atas, meskipun diklaim tanpa alkohol.

Pandangan Peribadi :

Dari sudut waraknya, kita mestilah berhati-hati dalam memilih makanan dan minuman. Kerana ia memberi kesan terhadap diri kita tanpa kita sedari. Kita semua adalah penuntut ilmu. Dan ketahuilah ilmu itu adalah khashyah (takut) pada Allah SWT. Mungkin sahaja kita menuntut ilmu banyak tetapi masih melakukan perkara yang haram kerana masih mengamalkan pemakanan yang tidak sihat atau syubah.

RUJUKAN FATWA

Fatawa Sheikh Dr. Salah al-Saawy  

Mufti Wilayah Persekutuan  

Majelis Ulama Indonesia  

Islamweb

Mufti Saudi Arabia  

Darul Ifta’ Jordan   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *